Wednesday, 21 November 2018

KENALI KOLESTEROL...


Apa itu kolesterol?
Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.
Apakah kolesterol ‘buruk’?
Orang ramai sering berasa takut apabila di sogokkan dengan keburukkan kolesterol kerana mendapat maklumat yang salah. Namun kebenarannya adalah kolesterol merupakan sebahagian daripada kimia penting untuk tubuh. Kolesterol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperolehi daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan semua kolesterol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.
Pengekalkan tahap kolesterol dalam peringkat yang disarankan (normal) adalah penting untuk memperolehi kebaikan maksima. Kolesterol digunakan untuk membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Ini adalah amat penting untuk melindungi saraf, membina sel-sel badan yang baru, dan menghasilkan hormon tertentu yang diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi tubuh manusia.
Kolesterol secara semulajadi seperti lilin yang dibuat oleh hati. Ia merupakan kombinasi daripada lemak dan steroid. Kolesterol kurang/tidak larut dalam air dan lipoprotein tertentu diperlukan untuk mengangkut kolesterol dalam pembuluh darah.
Jenis lipoprotein :
·         Low density lipoprotein (LDL)
·         Trigliseride merupakan komponen utama
·         Very low density lipoprotein (VLDL)
·         High density lipoprotein (HDL)




Low density lipoproteins (Kolesterol Buruk)

Low Density Lipoproteins juga dikenali sebagai (LDL) atau kolesterol buruk kerana mereka mempunyai kecenderongan untuk melekat di dinding arteri.Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol. Menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.

Adakah menurunkan kolesterol LDL mencegah penyakit jantung koronari?
Menurunkan Kolesterol LDL akan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Dalam keadaan tertentu, pengambilan ubat-ubatan akan disarankan untuk pencegahan sekunder pada pesakit yang pernah diserang penyakit jantung. Ia juga untuk pencegahan primer, iaitu pada mereka yang mempunyai faktor risiko penyakit jantung koronari.
Selain ubat-ubatan, melakukan perubahan gaya hidup tertentu seperti bersenam secara teratur, mengikut diet yang rendah lemak tepu dan kolesterol, menurunkan berat badan berlebihan dapat membantu menurunkan paras kolesterol.
High density lipoproteins (Kolesterol Baik)

High density lipoproteins juga dikenali sebagai (HDL) atau kolesterol baik kerana ia menjalankan fungsi mengeluarkan kolesterol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL juga membantu dalam mencegah pembentukan plak kolesterol dalam pembuluh darah. Bersukan atau bersenam secara teratur dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat boleh membantu dalam meningkatkan tahap HDL.[/01]

Trigliseride

Trigliseride adalah bentuk lemak yang dibuat dalam tubuh. Paras trigliseride yang tinggi boleh disebabkan oleh masalah obesiti, merokok, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol. Mereka yang mempunyai tahap trigliseride tinggi biasanya mempunyai tahap Jumlah Kolesterol (Total Cholesterol) yang tinggi termasuk tahap LDL yang tinggi dan tahap HDL rendah. Kebanyakan individu yang mengidap penyakit diabetes atau jantung biasanya mempunyai tahap trigliseride yang tinggi.

Siapa yang memerlukan ujian saringan kolesterol?
Setiap individu boleh mengalami masalah tahap kolesterol tinggi tanpa mengira usia atau jantina. Tiada tanda-tanda dan gejala yang akan membantu seseorang individu untuk mengetahui beliau mempunyai tahap kolesterol tinggi atau sebaliknya. Hanya pemeriksaan darah rutin akan membantu anda mengesan tahap kolesterol dalam darah anda. Paras tinggi kolesterol hanya diberikan perhatian jika ada beberapa masalah utama lain yang perlu dinilai.
Disarankan bagi mereka yang berumur atas 35 tahun harus menjalani ujian saringan sekurang-kurangnya satu pemeriksaan perubatan pada setiap tahun. Jika anda mempunyai kolesterol tinggi, harus diulang setiap 2 ke 6 bulan. Di sarankan ujian kolesterol di ulang selepas kaunseling dan perlaksanaan intervensi di lakukan.
Apa tahap disarankan?
Total Cholesterol – di bawah 200 mg (5.1 mmol / L)
Kolesterol LDL – di bawah 70 mg (1.8 mmol / L) untuk pesakit yang mempunyai penyakit jantung. Tahap bawah 100 mg (2.6 mmol/L) jika mempunyai faktor risiko penyakit kardiovaskular dan bawah 130 mg (3.4 mmol / L) untuk orang normal dan tidak ada faktor risiko.
Wanita umumnya memiliki paras HDL lebih tinggi berbanding lelaki dan mereka dilindungi oleh hormon sampai menopause. Paras HDL dan risiko penyakit jantung mereka menjadi sama dengan lelaki setelah menopause.
Apakah gejala kolesterol tinggi?
Kebanyakan orang dengan kolesterol tinggi tidak mempunyai tanda-tanda atau gejala. Anda dan doktor anda tidak akan dapat mengesannya, walau bagaimana pun antara gejala yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:
  • Angina iaitu sakit dada atau ketidakselesaan akibat aterosklerosis pembuluh darah koronari Intermittent claudication iaitu rasa sakit pada bahagian betis apabila berjalan pada jarak tertentu.
  • Hal ini berlaku kerana aterosklerosis pembuluh darah di kaki yang menyebabkan penyumbatan di salur darah dan seterusnya menghalang pengedaran darah yang lancar.
  • Stroke atau mini stroke berlaku apabila darah beku atau pendarahan (salur darah pecah) di bahagian tertentu otak. Ini menyebabkan bahagian otak yang terlibat akan hilang fungsi dan kelumpuhan anggota berlaku.
  • Plak pecah boleh menyebabkan berlakunya trombosis koronari dan penyumbatan aliran darah ke jantung iaitu serangan jantung.
  • Xanthoma iaitu ketulan kuning pada kulit terutama di sekitar mata. Ketulan kuning ini disebabkan oleh penggumpulan lemak dan biasanya menyebabkan kolesterol tinggi dalam darah. Xanthoma selalunya terjadi terutama di kalangan mereka dengan hiperkolesterolemia familial.


Bagaimana seseorang individu boleh mencegah kolesterol tinggi?
Faktor keturunan dan diet mempunyai pengaruh penting terhadap paras HDL, LDL dan total cholesterol seseorang. Diet yang tinggi lemak tepu dan kolesterol meningkatkan paras kolesterol LDL dalam darah. Kebanyakan individu dapat mencegah kolesterol tinggi dengan mengikuti saranan berikut:
  •  Berhenti merokok.
  • Makan lebih produk susu.
  • Makan makanan berserat tinggi (sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan), rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).
  • Menurunkan Berat Badan (Capai Body Mass Index yang optima. Beri tumpuan untuk mengurangkan lemak di perut).
  • Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu.
  • Makan ubat yang disyorkan oleh doktor.
  • Ubat untuk menurunkan paras kolesterol harus diambil hanya selepas konsultasi doktor.

Kombinasi keadaan tinggi tahap total cholesterol dan LDL dan rendah tahap kolesterol HDL adalah tidak diingini. Sebaliknya kombinasi rendah tahap Jumlah Kolesterol (total cholesterol) dan LDL dan kadar kolesterol HDL yang tinggi adalah disarankan.
Bagi anda yang baru sahaja lepas membuat pemeriksaan kolesterol dan keputusan kolesterol agak tinggi, disarankan juga untuk cuba amalkan diet supplemen Omega Guard dari Shaklee. Omega Guard diperbuat daripada minyak ikan tulen yang tinggi dengan Asid Lemak Omega-3. Omega-3 berfungsi bukan sahaja mengurangkan paras kolesterol tetapi dapat mengawal kandungan kolesterol pada paras normal.






Kelebihan Omega Guard

Omege Guard bukan sahaja boleh menurunkan paras kolesterol tetapi juga:

  • Menurunkan berat badan
  • Mengawal tekanan darah
  • Menggalakan perkembangan mental kanak-kanak dan dewasa
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif
  • Mencegah insomnia
  • Membantu tumbesaran, pekembangan otak janin dan perkembangan memori (bagi ibu mengandung)







Sunday, 13 March 2016

Introducing Baby Luq..

Hye there.. yeah I know.. It feels like years.. I almost forgot about this blog until hubby reminds me that I should write something about Luqman.. So here it is.. after a hectic year.. let me introduce you to my new bundle of joy.. Welcoming my one and only Muhammad Luqman.. 


He's 4mo now.. I am beyond happy.. he's so adorable.. pretty cool little man.. even if he screams it soothes me.. love him with every beat of my heart.. a truly bundle of joy.. I feel complete.. yeah at least for now.. 

To baby Luqman.... you are one of the best thing that ever happen in my life.. Ibu will always care n love you.. no matter what happen.. pls be good to me, papa, kak yaya n wise to everyone around you.. GO RULE THE WORLD LITTLE MAN.. 

XOXO, 
Ibu 'proud momma'
#tearsofjoy
#amotheroftwoamazingkids

P/s: I promise that there will be more post of you and kak yaya.. a lot to share.. how I wish i have an extra hour to spend on writing..

Monday, 20 April 2015

12 weeks..

Roughly dah almost 3 months aku pregnant.. mmg kami dah bersedia to have another child.. mia is the reason why.. masa lahirkan mia mmg aku bertekad nak anak sorang je.. xtahan sakit contraction ooi.. tapi bile tgk mia yang friendly n penyayang dengan adik coleh.. jadi x smpi hati nak kasi dy jadi anak tunggal. alhamdullillah Allah kurniakan rezeki ni..

Mcmane tau pregnant.. sebenarnye dah berapa kali aku buat pregnancy test bile lambat period.. selalu mmg single line je.. kali ni pun aku test saje2.. dah laa masa tu kat kampung hubby.. selalu aku mesti beli test kit yang mahal konon nak result accurate.. tapi kali ni aku beli yang paling murah.. sbb saje ngade2 nak test jugak.. masa nak mandi maghrib.. aku pun cakap kat hubby nak test.. 10 saat pertama aku buat x pandang je test kit tu... pastu bile aku pandang balik.. terkejut beruk.. aku mcm xpasti sgt sbb line lagi satu tu mcm x clear.. aku panggil hubby... pastu aku tgk hubby sengih2.. aku tanye betul ke.. dy cakap.. "betul laa tu"...

huh mmg betul laa tu....... since then, bermula kehidupan sebagai pregnant women... uhuk2 ni dah masuk minggu ke 12.. welcome 2nd trimester.. but my sickness masih mcm tu.. this time round mmg aku mabuk teruk.. uhuk2.. Ya Allah tlg permudahkan.. hilangkanlah sakit ku ini.. selalu mintak hubby n mak tlg doakan..

Tapi apepun mmg aku and hubby sgt happy dengan news ni.. semoga aku dapat menghabiskan all trimester dengan jayanya dan selamat melahirkan.. insyaAllah.. :)

p/s: Sabtu tu pergi check up bawak mia.. baru mia percaya dalam perut ibu ada baby.. alhamdulillah baby sihat.. Dr. cakap next month kalau lelaki dah bole tau.. kalau perempuan maybe lambat sikit.. huhue.. xpelaa ibu xkesah lelaki ke perempuan yang penting anak ibu sihat n dapat jadi teman utk kak yaya.. :)

Tuesday, 17 March 2015

Happy Anniversary Awak...

Happy anniversary awak.. Empat tahun sudah.. time kasih awak sbb jadi suami yang baik.. time kasih sebab buatkan roti peanut butter utk kite.. time kasih sebab tlg buatkan susu utk yaya.. time kasih sebab tukar minyak rambut mahal awak tu utk kite.. time kasih sebab tlg hantarkan kite g opis sbb kite xlarat nak bawak kete skarang ni.. time kasih sbb tlg bacakan tips nak kurangkan loya utk kite.. time kasih tlg angkatkan tilam hari2.. baiknye awak.. lastly time kasih jugak sebab selalu jadi suami yang handsome utk kite.. hehe.. I love u to the moon n back..


Xoxo,
Hani..
Your roommate..

P/s: Sorry this year xde hadiah, xcuti n xsambut beria.. kite nak simpan duit.. :)

ni pic legend utk awak.. kite terjumpe.. huhuee..

Monday, 16 February 2015

Arissa's 3rd Birthday Bash & House Warming Party..

1 Feb 2015.. Alhamdulillah akhirnya hajat nak buat house warming n birthday bash arissa tercapai.. Fuhh penat.. mmg penat.. tapi happy dan terharu sangat.. family, kawan aku, kawan hubby and jiran ramai yang sudi datang.. even mmg kederat aku x sempat nak layan semua.. tapi seronok gile bile dapat jumpe kekawan lama.. n suai kenal dengan jiran2 baru..mmg xbanyak pic yang aku snap.. sbb busy bebeno.. almaklumlaa ni pertama kali jadi host.. so mmg banyak kekurangan.. Harap semua maafkan ye.. InsyaAllah kalau ada rezeki nak buat makan2 dah bole laa estimate jumlah tetamu.. huhue..


Majlis ni start dalam pukul 5.. husband ajak orang2 surau untuk bacakan yassin sempena masuk rumah.. and tahlil untuk Arwah Ayah.. (alhamdulillah niat yang da lama terpendam dah tertunai).. lepas bacaan Yassin selesai.. punyalaa terkejut tgk jemputan yang ramai sampai xcukup tempat duduk.. dalam hati mmg terdetik risau makanan x cukup.. Tapi rezeki tu Allah mmg bagi cukup2 je.. so xde lebih xde kurang (walaupun dalam hati rasa mcm orang xpuas makan.. sob3x)..

Menu pilihan pada hari ni:

Soto ayam + bergedil (order je)
Nasi impit dengan rendang minang (buatan mak aku yang mabeles)
Spagetti bolognese (kemain masak sendiri)
Satay Haji Samuri dan kuih muih (order gak)


Selesai je makan.. terus start acara tiup lilin.. Birthday girl masa ni mmg dah letih sgt.. sbb x tido siang dok excited main ngan kak dom.. sampai terjatuh.. so masa tiup lilin ni mood dy mmg kelaut sket..


video mia tiup lilin.. tapi sebenarnye kak dom yang tlg tiupkan.. huhue.. so funny.. end up kak dom nangis..
bacaan yasin

yaya with cousins and friends

yaya & birthday presents (thanks utk semua yang bagi prezzie)

gulai jering time with familia

ibu n papa with birthday girl

carrot walnut with cream cheese cake

birthday girl moody.. sian dy

kak ayu tlg assemble topper and banner atas cake..

si bucuk aunty.. pun sama meriahkan birthday kak yaya..

ni jelaa pic yang ada.. xsempat nak snap pic dengan kekawan lame.. hmm xpelaa nant aku wat seperate session utk sume so senang nak beramah mesra ye.. huhue..

Monday, 29 December 2014

Arissa is full of character..

Rasa mcm dah lame sangat x cite pasal arissa.. arini arissa dah 2 thn 11 bulan.. mmg cepat betul masa berlalu.. sampai kekadang ibu x perasan arissa dah big girl.. banyak menda baru yang arissa dah belajar.. she is no longer a baby.. and I can no longer treat her like a baby.. sbb at her age now.. mmg dy dah xsuke cuddling kissing sume tu.. but I still want to kiss & hug her.. setiap hari balik kerja mmg akan buat mcmtu.. jadikan satu benda wajib utk arissa.. so she treats it as a must thing to do.. if not ibu merajuk.. the magic happen when dy pun rasa dy wajib peluk cium ibu so that ibu x merajuk.. which I find it sangat2 cute..

Memang banyak progress arissa.. I am not a mother who notices every single things their kids do.. I am not all about progress.. progress.. progress.. and stress bile anak x mencapai progress yang sepatutnya.. I let her do her own thing.. biar dy cube apa yang dy rasa dy perlu cuba.. I don't want to mold her to be what I want her to be.. I want her to choose ape yang dy suke nak buat.. I can only tells her "do's" and "don'ts".. dan hanya berdoa berdoa dan berdoa.. InsyaAllah..

Sekarang rasa arissa ni mmg dah bole buat BFF.. dy banyak cakap.. banyak bebel.. arissa cakap langsung x pelat.. dy mcm boleh faham perasaan org.. kalau layan borak mmg best sbb kalau bercakap mmg sekali dengan face expression.. kelakar.. kuat kacau papa.. BFF papa sangat.. she likes bossing around her papa.. papa is her play "buddy".. they have a lot in common.. kalau ikutkan papa dy conservative.. mmg protective sgt.. lebih banyak don'ts dari do's.. ibu ni plak "manja" buddy.. nak manja nak cuddling nak tido cari ibu.. .. arissa selalu x tau nak pilih nak geng ibu ke nak geng papa.. kekadang sian dy.. kalau susah sgt nak pilih dy akan wat kelakar.. so ibu n papa lupa..

Arissa ni mmg girly.. suka pink.. suka elsa.. suke princess.. kebanyakan orang suka anak perempuan dy tomboy.. tapi pada ibu.. arissa kan girl.. biarlah dy suka "girl thing.. I like her being girly.. cute..

Arissa ni nenek punya "guardian angel".. sangat care pasal nenek.. pantang nenek hilang mesti tanya mana nenek.. she loves her nenek.. she is a lover.. sayang sume orang sekeliling dy.. adik soleh, uncle hafiz.. sayang sangat.. xpernah selfish dengan adik soleh.. sume barang dy nak kasi adik soleh pakai.. xkedekut.. thats why nenek langsung xbole tgk orang lain buli arissa.. siap mengamuk dengan cucu nekpah n nekpati sbb arissa.. mmg sweetheart nenek..


and I know.. ramai orang sayang arissa.. she is a loveable kid.. orang nampak bole cepat sayang arissa.. nenek2 especially.. sweetheart nek nah.. sweetheart uncle hafiz.. sweetheart nenek raub.. Alhamdulillah ramai orang sygkan arissa..

Arissa is full of character.. a truly bundle of joy..

Innocent look of arissa.. my heart melts

my solehah



moody

strike a pose

it shows how manja she is dengan papa

mmg nampak mcm dah big girl sgt dalam pic ni

eating ice cream.. mmg fav arissa

dengan bos papa.. suke betul dy dengan arissa

like a boss.. kekadang arissa mmg bossy..



 

Wednesday, 5 November 2014

Jeju.. aku terpaksa datang...

It was one after another.. kerja kerja kerja.. Nak buat macam mane.. kite ni cari rezeki halal untuk anak.. when they asked you to go somewhere.. yes of course you have the right to say no.. but.. after so many time being a NO MAN.. lelame org pun naik jelak jugak.. sebab tu laa after I turned down Amsterdam.. I had no choice but to say YES to JEJU.. maka jadi laaa JEJU aku terpakse datang..

Hanya dua hari (after tiring week in Langkawi) diperuntukkan utk aku unpacked & repacked... 2 full day jugak untuk buat laundry and chores.. owh aku patut rebut gelaran SUPERWOMEN itu.. bengkak kaki masa langkawi pun x reda lagi.. terpakse jugak redah KLIA 2.. haaa kenapa KLIA 2? ni sume sbb perasaan fobia dengan MAS punya pasal smpi sngggup naik AirAsia (which until now I regret).. dengan perasaan berat hati aku tinggalkan bumi Malaysia.. demi kerja ye.. demi kerja..

to get into JEJU you have to go through 4 airports: KLIA2 to INCHEON to GIMPO to JEJU.. what a tiring day! smpi je hotel.. terus rebah badan dekat katil.. nasib aku n kekawan bijak.. amik hotel best.. so nak positive kan diri.. anggaplah jeju sebagai vacation.. nasib pegi conference je.. bukan training.. so mmg bole honeymoon kat cni.. hehe.. ok meh belanja gamba..

T-shirt yang sangat cute untuk mia..

mmg makan seafood jelaa

dekat Gimpo Airport

Kensington Hotel - cantik n selesa tapi mahal.. mampu duduk sebab SEDA yang bayor.. hehe. Kensington hotel juga sangat strategic.. sebab dekat dengan kebanyakan museum & attraction di jeju.. semua within walking distance je..

toilet yang bersih n best utk berendam..

at ICC Jeju.. tempat conference

with IBM clan.. best dorang ni.. peramah sgt

traditional market

Jusangjeolli Cliff - cantik jugak dekat je dengan ICC.. admission fee KRW 2000

geng geng SEDA

mamat SEDA yang semangat nak ngorat awek jeju.. tapi orang2 jeju ni baik2 n peramah.. macik suke.. hehe

xtau laa ape fungsi batu ni.. men amik je pic

Banana Milk.. minuman popular jeju.. sedap.. must try

at cheonjeyeon waterfall - pun ada admission fee dalam KRW 2500

unik

at Alive museum pun ada admission fee dalam KRW 9000




Jeju mmg banyak statue2 x senonoh camni.. haha
patung harubang yang sgt popular di jeju.. dorang percaya patung ni yang jage pulau tu..
Pengalaman selama 4 hari di Jeju boleh laa dikatakan menarik jugak.. tapi aku x sempat nak berjalan sangat sbb lebih banyak habiskan masa dekat conference..

Semasa di Jeju jugak aku dikejutkan dengan berita dari Malaysia.. Mak aku masuk hospital disebabkan serangan jantung.. Ya Allah.. hanya Dia yang tahu perasaan aku time tu.. aku sepatutnya ada lagi sehari utk join technical tour.. tapi aku terpakse lupakan semua n bekejar ker airport untuk balik Malaysia.. xbanyak yang boleh aku cerita.. tapi Alhamdulillah mak aku dah semakin ok..

Kalau orang tanya mcmana Jeju? ni jawapan aku.. BOLEHLAAAA... hehehe